Remaja merupakan insan yg berumur di kalangan 11 hingga 21 tahun. Mereka sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba benda baharu di peringkat ini. Keluarga memainkan peranaan penting agar sifat ingin mencuba mereka tidak mendorong mereka untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti merokok atau menagih dadah. Hubungan sesama ahli keluarga haruslah erat agar ibu bapa dapat memantau perlakuan anak-anak. Akan tetapi, sahsiah remaja di Malaysia semakin teruk dan membimbangkan jika tidak ditanggani secepat mungkin. Mengapakah hal ini berlaku sedemikian? Apakah punca hal sedemikian berlaku? Tepuk dada tanya selera.
Punca utama kerenggangan hubungan dalam sesebuah keluarga berlaku ialah disebabkan ibu bapa tidak mementingkan nilai kasih sayang dalam keluarga mereka. Ibu bapa sangat sibuk bekerja sehingga tidak mempunyai masa bersama anak-anak. Anak-anak pula akan lebih mementingkan hubungan bersama rakan-rakan kerana kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Masyarakat selalu menjadikan wang dan harta kekayaan sebagai kayu pengukur kebahagiaan seseorang melalui gambar yang dilihat melalui media sosial. Ibu bapa sepatutnya menggunakan waktu hujung minggu dengan berkualiti agar dapat meluangkan masa dengan anak-anak demi memupuk nilai kasih sayang yang utuh dalam sesebuah keluarga.
Disamping itu, antara punca yang menyebabkan hubungan sesebuah keluarga menjadi renggang ialah disebabkan menteliti ibu bapa di Malaysia yang sempit. Ibu bapa terlalu membimbangkan keselamatan diri anak-anak sehingga tidak membenarkan anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti lasak yang dianjur oleh pihak sekolah seperti perkhemahan dan kem jati diri. Hal ini menyebabkan kebebasan anak-anak menjadi sangat terhad dan menyebabkan anak-anak rasa terkongkong. Di negara Jepun, masyarakat setempat sangat mementingkan keselamatan sekeliling. Jadi, ibu bapa di negara tersebut membenarkan anak-anak mereka keluar bermain atau menyertai sebarang aktiviti lasak yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Berbeza dengan negara Amerika Syarikat, ibu bapa di negara tersebut juga mempunyai persepsi yang sama dengan masyarakat Malaysia.
Selain itu, punca kerenggangan hubungan kekeluargaanialah ibu bapa sering membawa masalah pekerjaan ke rumah. Masalah atau konflit yang berlaku di tempat kerja tidak seharusnya dibawa ke rumah. Sebagai contoh, jika ibu bapa diturunkan pangkat atau dimarahi oleh majikan di tempat kerja, ibu bapa perlulah bijak mengawal emosi di rumah. Anak-anak akan merasakan bahawa diri mereka hanyalah tempat ibu bapa melepaskan amarah mereka.
Seterusnya, ibu bapa tidak mementingkan pendidikan agama dan kerohanian dalam pembelajaran anak-anak. Ibu bapa lebih mementingkan pendidikan bercorak duniawi dan pada masa yang sama mengabaikan pengetahuan dan cara hidup yang sepatutnya. Anak-anak lebih terdedah kepada teknologi berbanding ajaran agama. Anak-anak berkelakuan liar dan bersikap biadap terhadap ibu bapa. Ibu bapa sepatutnya memberi pendedahan agama kepada anak sejak kecil agar anak-anak dapat hidup sejahtera kerana masing-masing memahami prinsip agama yang sebenar.
Selanjutnya, antara punca yang menyebabkan hubungan sesebuah keluarga menjadi renggang di Jepun ialah remaja di sana lebih suka tinggal bersendirian berbanding tinggal bersama ibu bapa sendiri. Hal ini adalah kerana mereka merasa bahawa diri mereka terbeban dan dikongkong. Remaja-remaja di Jepun tidak boleh menyampaikan emosi mereka dengan berkesan. Mereka sangat lemah dalam berkomunikasi antara ahli keluarga mereka.
Intihanya, ahli keluarga merupakan tunjang utama remaja. Perhatian daripada ahli keluarga adalah penting dalam proses pembentukan remaja. Remaja memerlukan perhatian yang sepenuhnya dalam setiap aktiviti yang dilakukan kerana remaja gemar mencuba perkara baru. Ahli keluarga memainkan peranan vital dalam sistem kekeluargaan. Ibu bapa pada zaman ini terlalu mengejar arus kemodenan sehingga mengenepikan hak anak. Dengan sikap bapa yang terlalu drastik, ibu yang terlalu materialistik sehinggakan anak tercekik plastik. Justeru itu, marilah kita bangkit bersama sama bagi melahirkan remaja yang aktif dan inovatif bagi memimpin negara agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama renda dengan negara negara lain
Sumber :
http://jaudahspmtips.blogspot.com/2012/06/contoh-karangan-penerangan-punca.html?m=1
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Japanese_family
https://www.immihelp.com/newcomer/american-lifestyle.html
http://gemintang.com/kisah-sukses-motivasi-inspirasi/mengatasi-hubungan-yang-renggang-antara-ayah-dan-anak/
semoga informasi ini dapat membantu anda
ReplyDeleteTerima kas8h
DeleteTq, Very good!
ReplyDeletesemoga informasi ini dapat membantu anda
ReplyDeleteme too
Casino at the Wynn - Mapyro
ReplyDeleteFind Casino at 통영 출장안마 the Wynn, Las Vegas, Nevada, United States, 6 reviews 창원 출장마사지 and 11230 tips 수원 출장안마 and reviews. Hotel deals on Casino at the Wynn in Las Vegas, NV. Rating: 3.5 · 속초 출장안마 110 reviews 대구광역 출장샵